fbpx

PRU15: Lebih 16 peratus selesai buang undi Parlimen Wangsa Maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana Proses Pengundian Awal bagi PRU15, di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

WANGSA MAJU – Peratusan pengundian awal bagi anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) serta pasangan masing-masing di bawah Markas 12 Briged Kem Wardieburn di sini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merekodkan lebih 16 peratus setakat pukul 10 pagi tadi.

Jumlah tersebut merujuk kepada kira-kira 372 pengundi awal yang telah selesai membuang undi di Sekolah Rendah Agama Khalid Bin Al-Walid.

Jumlah keseluruhan pengundi awal berdaftar di kem ini adalah seramai 1869.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seramai 224,828 pengundi awal bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya yang akan diadakan di 578 Pusat Mengundi Awal esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pengundi awal itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 orang polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI