fbpx

Buruh maut dilanggar ketika gulung canvas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki menemui ajal selepas digilis sebuah lori ketika sedang menggulung kain canvas  di kawasan timbang sawit Jalan Ayer Hitam Lendu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Abd. Hafis, 33, yang merupakan warga Indonesia meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tersebut yang dipandu lelaki tempatan berusia 49 tahun tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaan tersebut.

“Kemalangan berpunca apabila pemandu tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di dalam kawasan pusat timbang dan telah melanggarnya.

“Akibat insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI