fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia berkata, di Pantai Timur, kawasan di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dijangka berdepan dengan cuaca buruk ini.

“Di Selatan, hanya Mersing di Johor sahaja diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat.

“Kawasan di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas) turut diramal situasi yang sama,” ujar MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Sementara itu, di Sabah, cuaca buruk tersebut dijangka akan melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Beluran).

“Bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung cuaca dijangka dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” tambah MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI