fbpx

PRU15: BN diyakini tingkat kemenangan di kawasan Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS Jusoh (berdiri, lima dari kiri) bersama peneroka pada majlis ramah mesra di Galeri Mat Kilau, Bukit Rang, Jerantut hari ini.

JERANTUT – Tidak ada sebab mengapa golongan peneroka Felda perlu menyokong pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah banyak membantu mereka sejak dahulu hingga kini.

Pengerusi Felda, Tan Seri Idris Jusoh berkata, sehubungan itu beliau yakin BN mampu meningkatkan kemenangan bagi pertambahan kerusi di kawasan Felda seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, BN memperoleh kemenangan sebanyak 27 kerusi Parlimen daripada 54 buah yang dipertandingkan di kawasan Felda dan saya yakin akan ada pertambahan sebanyak 30 peratus pada PRU15 ini.

“Kita (Felda) sudah betulkan semula pelbagai dasar berkaitan kebajikan peneroka dan kini berada di landasan yang terbaik dan sempurna sememangnya amat wajar peneroka di negera ini mengenang budi kerajaan dengan memastikan kemenangan calon BN nanti,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis ramah mesra dengan ketua peneroka dan cawangan UMNO DUN Pulau Tawar di di Galeri Mat Kilau di sini hari ini.

Menurut Idris, Felda melaksanakan pelbagai inisiatif membantu golongan peneroka seperti usaha Felda menghapuskan hutang peneroka yang terbeban sebelum ini.

Dalam pada itu beliau yakin peneroka di 13 tanah rancangan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar akan terus memberikan sokongan kepada calon BN, Datuk Nazri Ngah dalam PRU15.

Beliau memberitahu, Nazri yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda telah berusaha keras bagi membolehkan kerajaan negeri menyelesaikan isu PGBF dengan menyerahkankan kepada pemaju untuk kerja membaikpulih bagi meringankan pengurusan Felda.

“Inilah pemimpin yang patut kita contohi dan memberikan sokongan kerana tanpa usaha dan kebijaksanaan beliau, isu PGBF di Pahang masih belum selesai sehingga kini.

“Felda juga telah memberikan laluan kepada kerajaan negeri menyelesaikan isu lot tanah di kawasan Felda dan saya lihat Datuk Nazri Ngah ketika memegang exco kerajaan negeri berkaitan Felda juga menyelesaikan perkara ini dan seramai 4,081 anak peneroka akan menikmati kemudahan tersebut,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI