fbpx

Aksi monyet dukung anak anjing curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet itu mengangkat anak anjing tersebut dan bersiar-siar bersama di kawasan hutan. – Getty Images

DHAKA, BANGLADESH – Seekor monyet di Dhaka, Bangladesh menjadi perhatian ramai apabila menunjukkan aksi mesra bersama seekor anak anjing dengan cara mendukung haiwan itu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Beberapa rakaman imej menunjukkan primat yang kelihatan penyayang itu mengangkat anak anjing tersebut dan bersiar-siar bersama di kawasan hutan.

Ia turut dilihat memeluk haiwan itu dan meletakkannya di atas riba sebelum menempatkannya di atas sebatang pokok.

Ia bukan kali pertama monyet mencuri perhatian dengan pelbagai aksi nakal dan mesra.

Bulan ini, seekor primat ‘bergurau’ dengan seorang model dari Peru di Pulau Bali dengan cara menampar wanita berkenaan.

Ia sebelum itu cuba menarik baju model tersebut, Paula Manzanal dalam kejadian di Pusat Perlindungan Hutan Monyet Suci di pulau peranginan itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI