fbpx

PRU15: Poster Jamil Khir disimbah cat hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Jamil Khir di Yan yang disimbah cat hitam pada malam semalam.

YAN – Poster calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini disimbah cat hitam, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.35 tengah malam.

Katanya, laporan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai selepas dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat cat hitam disimbah pada wajah calon di poster tersebut. Siasatan masih dijalankan dengan kami meminta mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberikan maklumat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di lokasi yang agak gelap serta tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI