fbpx

Pengantin serah mas kahwin kereta Toyota Raize, vespa Primavera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua kenderaan itu dikatakan berharga sekitar 230 juta rupiah (RM68,781) dan 50 juta rupiah (RM14,952) setiap satu. – Instagram

JAKARTA – Sebuah majlis pernikahan di wilayah Jawa Tengah menjadi tular kerana pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa sebuah kereta dan motosikal jenis vespa, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan, rombongan pengantin lelaki dilihat tiba di rumah pengantin perempuan sambil membawa kereta jenis Toyota Raize dan vespa Primavera.

Kedua-dua kenderaan itu dikatakan berharga sekitar 230 juta rupiah (RM68,781) dan 50 juta rupiah (RM14,952) setiap satu.

Menurut jurusolek yang memuat naik video itu, Fitrilia Arum Laras Shinta, majlis perkahwinan tersebut berlangsung pada 10 November lalu di Pati, Jawa Tengah.

“Penduduk Pati kebiasaannya menyerahkan mas kahwin berupa kenderaan,” katanya.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Jika benar-benar cinta, tak perlukan harta, tak perlukan sandiwara, pasti berkekalan,” kata seorang netizen.

“Saya bersusah payah untuk tersenyum dan bermimpi kerana mimpi itu ternyata amat mahal,” kata seorang netizen sambil merujuk kepada mas kahwin tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI