fbpx

Lemas dalam parit selepas 14 jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui lemas dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kehilangan seorang lelaki warga emas selama 14 jam terungkai apabila ditemui lemas dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Mayat mangsa dikenali Mustafa Ishak, 68, yang terbabas ketika menunggang motosikal Yamaha Ego itu ditemui ahli keluarga, kira-kira pukul 2.30 pagi dalam parit sedalam 1.5 meter.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu keluar dari rumahnya di kampung berkenaan, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Mangsa masih tidak pulang sehingga malam dan menyebabkan keluarganya mencarinya di sekitar kampung. Seorang ahli keluarga kemudian menemui mayat mangsa di parit bersama motosikal dan menghubungi polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Tambah Ramli, siasatan mendapati mangsa menghidap penyakit lemah jantung serta kanser dan dipercayai sedang dalam proses rawatan kimoterapi bagi merawat penyakitnya itu.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.- KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI