fbpx

ZPP, Perkeso meterai sistem MySynergy bela nasib asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRAN (dua dari kanan) Mohammed Azman (dua dari kiri) menandatangani MOC Sistem MySynergy di Seberang Jaya, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memeterai Memorandum Kerjasama (MOC) mengenai perkongsian data menerusi sistem MySynergy bagi membela nasib golongan asnaf di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, jalinan kerjasama pintar itu bakal memanfaatkan kedua belah pihak sekali gus memudahkan penyaluran bantuan diberikan kepada golongan sasar.

“Kita kongsi data supaya dapat selaraskan apa jua bentuk bantuan untuk asnaf negeri ini dan kerjasama ini dapat meningkatkan kecekapan tadbir urus ZPP.

“Diharapkan kita akan dapat ‘reach out’ lebih ramai golongan memerlukan supaya tak berlaku lagi isu terlepas pandang akan individu yang memerlukan bantuan.

“Perkongsian pintar ini adalah kali pertama yang dimeterai dan saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan organisasi besar seperti Perkeso yang menjaga keselamatan sosial rakyat negara ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Amran mewakili ZPP manakala Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Amran berkata, menerusi sistem terbabit kedua-dua pihak dapat berkongsi data selain mengelakkan pertindihan maklumat melibatkan kepentingan golongan fakir.

“Seringkali kita lihat di platform media sosial di mana pihak zakat didakwa tidak membantu golongan tertentu dan kerjasama ini dijangka dapat menyelesaikan isu terbabit.

“Melalui perkongsian data, sudah pasti golongan terlibat akan dibantu dan sekiranya bantuan sudah dihulurkan, kita akan tambah lagi mengikut keperluan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI