fbpx

PRU15: Johari mahu jadi penasihat golongan muda bangunkan potensi diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu menjadi penasihat anak muda, sekali gus membantu golongan tersebut untuk meningkatkan potensi diri dalam menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang.

Menurut Johari, pemerkasaan terhadap golongan muda merupakan antara agenda utamanya serta akan menggunakan segala pengalaman sepanjang terlibat dalam bidang perniagaan untuk memberi nasihat berguna kepada kumpulan itu.

“Golongan muda ketika ini masih ramai yang belum ada pekerjaan, tetapi mereka suka meniaga. Jadi, saya boleh jadi penasihat, tetapi tidak mahu secara individu kerana mahukan dalam bentuk kumpulan.

“Di Parlimen Titiwangsa, ada lebih 10 kumpulan anak muda dan mereka bukannya memberi fokus kepada politik, sebaliknya hanya menjalani kehidupan mengikut cara sendiri sama ada berniaga atau belajar. Jika mahu nasihat, saya boleh berikan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Chow Kit di sini tadi.

Susulan itu, katanya, golongan muda boleh merujuk kepada beliau sekiranya memerlukan pandangan selain berjanji untuk menawarkan nasihat berguna kepada mereka.

“Mereka (orang muda) boleh merujuk kepada saya, mungkin tidak dijanjikan duit, tetapi akan berikan nasihat berguna. Saya akan gunakan pengalaman terlibat secara langsung dalam perniagaan untuk membantu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Johari juga berhasrat menubuhkan kelab atau badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya buat golongan muda bagi memupuk semangat kepimpinan, seterusnya berupaya melahirkan generasi pelapis yang mampu memimpin negara.

“Untuk golongan muda, khususnya yang berumur 18,19 dan 20 tahun, mereka ini masih tiada pendedahan daripada segi kerajaan yang perlu dicari kerana hanya mendengar apa yang orang cakap sahaja.

“Jadi, saya mahu setiap tempat dalam Titiwangsa yang ada golongan muda lebih daripada 20 orang untuk menubuhkan kelab atau NGO bagi membolehkan kita berhubung dengan mereka dan mengajar ciri kepimpinan,” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaporkan sebanyak 1.4 pengundi muda berusia 18 hinga 20 tahun telah didaftar secara pemilih dan daripada jumlah itu seramai 5,216 pengundi bakal memilih di Parlimen Titiwangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI