fbpx

KDNK meningkat, tuduhan kerajaan gagal tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI Yaakob beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Bongkok di Bilik Gerakan Kampung Bongkok di Bera hari ini.

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha memulihkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul apabila pertumbuhan ekonomi negara yang dipacu dengan baik.

Menurut Perdana Menteri, ia dibuktikan apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 14.2 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding lima peratus dan 8.9 peratus masing-masing pada suku pertama dan kedua.

Malah katanya, kadar pengangguran juga menunjukkan trend penurunan iaitu 3.6 peratus pada bulan September tahun ini berbanding 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.

“Saya hendak buktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang mengatakan kerajaan gagal memulihkan ekonomi dan sebagainya adalah satu dakwaan yang tidak berfakta sedangkan kita membuktikan berlaku peningkatan yang mendadak dalam KDNK negara.

“Malah pengangguran dimomokkkan seolah-olah rakyat tiada pekerjaan jadi angka-angka membuktikan kerajaan berjaya menurunkan kadar pengangguran,”katanya dalam sidang akhbar pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Bongkok di Bilik Gerakan Kampung Bongkok di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pertumbunan KDNK negara merupakan yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara sekali gus membuktikan usaha peningkatan ekonomi dilakukan kerajaan adalah tepat.

Jika dibandingkan kadar KDNK bagi suku ketiga Singapura adalah 4.4 peratus, Indonesia (5.72 peratus), Filipina (7.6 peratus), Vietnam (13.67 peratus) dan China sebanyak 3.9 peratus.

Ismail Sabri menambah trend penurunan kadar pengangguran negara adalah hasil pelbagai program yang diperkenalkan kerajaan seperti program jamin kerja dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau berkata, perdagangan borong dan runcit negara juga menunjukkan peningkatan sebanyak 23.9 peratus pada September apabila mencapai RM134 bilion berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu sebanyak RM108.1 bilion.

“Ini bermakna ada peningkatan dari segi jualan perdangangan dan dari segi jualan runcit dan sebagainya seperti borong juga berlaku peningkatan dan saya harap itu memberikan gambaran bahawa rakyat masih mampu berbelanja,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI