fbpx

Selangor buru trofi Piala Emas Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Selangor pada kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2022.

PETALING JAYA – Skuad Piala Emas Raja-Raja (PERR) Selangor bertekad untuk menamatkan penantian 26 tahun dalam usaha menjulang trofi pada aksi final menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM), di Stadium MB Petaling Jaya Sabtu ini.

Pengurus pasukan PERR Selangor, Saharon Mohni berkata, barisan pemain ketika ini cukup bermotivasi untuk merealisasikan harapan tersebut terutama apabila saingan PERR kali ini memasuki edisi ke-100.

“Kita mahu trofi PERR edisi ke-100 ini berada di Selangor dan kami tiada hasrat lain selain muncul juara. Kesungguhan yang dipamerkan oleh pemain untuk mara ke final wajar dipuji.

“Namun, masih ada satu perlawanan yang perlu diharungi dan saya harap pasukan dapat menamatkan penantian 26 tahun selepas kali terakhir menang PERR pada edisi 1996.

“Lebih istimewa ini adalah edisi ke-100 dan satu abad bukanlah satu cerita yang pendek bermula dari 1922 hingga 2022. Justeru, saya harapkan ramai penyokong dapat menghadiri perlawanan final nanti,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Firdaus Mohamed percaya sambutan yang diberikan kepada kejohanan PERR tahun ini cukup meriah berbanding beberapa edisi sebelumnya.

“Semua orang tahu salah satu misi PERR adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam arena bola sepak kebangsaan.

“Bagi saingan musim ini, kejohanan telah berlangsung dengan sokongan cukup menggalakkan khususnya di zon timur dan utara.

“Saya harap bagi aksi final nanti ramai yang dapat hadir ke stadium dan tiket juga akan dijual,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI