fbpx

Siapa dapat untung perang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perang Russia-Ukraine kini telah berlarutan lebih tujuh bulan.

Seruan semangat, Uraa! mewarnai komen media sosial di negara ini apabila Russia menyerang Ukraine Februari lalu dalam operasi ketenteraan yang dikatakan Moscow bertujuan untuk menghapuskan gerakan Nazisme dan melucutkan senjata tentera Kiev.

Ramai netizen teruja kerana kat-kata mereka, perang itu bukan antara Russia dan Ukraine sahaja, bahkan secara simbolik, ia dilihat penentangan terhadap persepsi perluasan pengaruh imperialisme Barat khususnya Amerika Syarikat (AS).

Pada bulan sama, ramai netizen termasuk di luar negara, beranggapan tentera Kremlin akan memasuki ibu negara Ukraine, Kiev sekali gus menumbangkan rejim pimpinan Presiden Vladimir Zelenskyy dalam masa hanya dua minggu, malah kata pakar-pakar, tempoh menakluki Ukraine cuma seminggu.

Hakikatnya bagaimanapun berbeza, perang Russia-Ukraine yang mereka anggap enteng bagi Moscow, sudah berlanjutan lebih tujuh bulan.

Ramai juga yang menyokong Russia dalam perang ini, namun bagi penulis, kegagalan menakluk Kiev dalam blitzkrieg (serangan kilat), menyaksikan pihak yang mendapat manfaat terbesar ibarat cencaru makan petang, tidak lain dan tidak bukan adalah Washington.

Barat khususnya AS gagal mencapai objektif melemahkan pentadbiran Presiden Vladimir Putin melalui sekatan ketat yang diterajui Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Bagaimanapun, dari sudut strategi, AS boleh dikatakan berjaya.

Tentera AS adalah antara pasukan tentera yang memiliki paling banyak pengalaman di medan perang. Perang Indochina, Perang Korea, Perang Vietnam, Perang Teluk, Perang Afghanistan dan banyak konflik lain melibatkan penyertaan ‘Uncle Sam’, baik secara langsung atau sebaliknya. Berapa banyak perang pula yang disertai kuasa besar lain selepas Perang Dunia Kedua seperti China dan Russia.

Dalam konflik di Ukraine, AS beruntung kerana Washington tidak perlu menghantar walaupun seorang tentera, untuk berdepan musuh ketatnya, Moscow sedangkan Russia mengalami banyak kerugian dan kematian di tangan tentera Ukraine. Ia ibarat ‘kami bekalkan senjata, anda berperang untuk kami’.

Dalam laporannya, Kiev menyatakan bahawa hampir 75,000 askar Kremlin terbunuh sejak perang bermula.

AS membekalkan senjata dan kepakaran kepada Ukraine seperti artileri, misil dan dron pemusnah. Penulis tidak pasti sama ada bantuan berbilion-bilion dolar oleh Washington itu percuma atau Kiev perlu membayarnya. Sekiranya senjata yang dihantar perlu dibayar, ia ‘durian runtuh’ buat pengeluar senjata AS.

Tanpa senjata dibekalkan oleh Barat, perang di Ukraine sudah lama berakhir. Sekalipun Russia menggunakan senjata nuklear strategik dalam perang ini, pihak yang paling teruk terkesan ialah Ukraine.

Tanpa mengira siapa pemenangnya, AS mencapai objektif untuk sedikit sebanyak melemahkan Russia. Natijahnya, tentera Kremlin akan mengambil masa agak lama juga untuk membina semula kekuatan selepas perang Ukraine berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI