fbpx

FSG sedia jual Liverpool £4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIK Liverpool, John Henry (tengah) bersama pengurus The Reds, Klopp dirakam ketika berada di Anfield sebelum ini.

NEW YORK – Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) a­khirnya mengambil keputusan untuk menjual kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu de­ngan nilai pasaran boleh mencecah £4 bilion dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, FSG telah membeli kelab The Reds dengan nilai sebanyak £300 juta (RM1.6 bilion) pada tahun 2010 daripada pemilik bersama, Tom Hicks dan George Gillet dengan kejayaan terbesar mengembalikan semula prestij pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan FSG, proses penjualan akan dilakukan sama ada saham pasukan akan dilepaskan secara keseluruhan atau sebaliknya bergantung dengan keadaan, tetapi buat masa ini pengurusan mahu mencari ‘rakan kongsi’.

“Seperti yang telah berlaku baru-baru ini dengan beberapa kelab EPL sudah mendapatkan pemilik baharu, kami boleh katakan Liverpool juga tidak terkecuali apabila FSG menerima banyak permintaan daripada syarikat antarabangsa sama ada mahu dijual atau sebaliknya.

“Apa yang boleh kami katakan, pihak pengurusan kini terbuka untuk mendengar setiap tawaran yang mahu diberikan tidak kira sebagai rakan kongsi ataupun mahu menjadi pemilik sepenuhnya,” kata kenyataan FSG secara ringkas.

Antara punca utama FSG mahu menjual Liverpool FC adalah disebabkan kegagalan penubuhan Liga Super Eropah tahun lalu yang sepatutnya boleh menjana pendapatan lumayan buat pasukan.

Difahamkan, pemilik kelab besbol terkemuka Amerika Syarikat (MLS), Chicago Cubs iaitu Keluarga Ricketts menjadi antara yang pertama menyatakan minat untuk membeli kelab The Reds daripada FSG.

Sebelum ini, dua kelab berpengaruh EPL, Chelsea telah rasmi mendapatkan pemilik baharu menerusi Todd Boehly, sekali gus menamatkan era Roman Abra­movich, manakala Newcastle United pula menjadi kelab terkaya selepas dimiliki Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI