fbpx

Wanita enggan bekerja kerana dirinya terlalu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lucy berkongsikan kekecewaannya kerana perlu bekerja. - TikTok

WASHINGTON – Seorang penerbit kandungan menjadi sensasi internet apabila mengaku bahawa dirinya  terlalu cantik untuk bangun pada pukul 6 pagi setiap hari untuk pergi bekerja, lapor akhbar The Sun semalam.

Wanita dikenali sebagai Lucy itu kerap  berkongsi  video memaparkan dia sedang bersolek serta gaya hidupnya menerusi akaun TikTok @lulluhasfun.

Dia baru-baru ini mengundang kontroversi apabila berkongsi perasaan kecewa kerana perlu bekerja menerusi satu klip video bersama keterangan bermaksud: “(Kerja) bukan kebiasaan saya.”

Menurut Lucy, dia enggan bekerja untuk seumur hidupnya.

“Adakah saya  kelihatan seperti  seorang wanita yang mahu bangun pukul 6 pagi setiap hari sepanjang 60 tahun akan datang?

“Tidak, saya terlalu cantik untuk itu,” katanya sambil menambah, bekerja adalah sejenis penipuan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima lebih 70,000 tontonan bersama 6,000 tanda suka, dengan ramai pengguna media sosial tidak menyukai sikapnya.

“Daripada apa yang saya boleh lihat, sila kembali bekerja!” kata seorang netizen.

“Cuba bangun pukul 4 pagi setiap hari dan bekerja 60 jam seminggu,” kata pengguna media sosial yang lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI