fbpx

Tiba-tiba nak dekat, tak tahu motif Iqbal – Wafariena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Wafariena Roslan mengakui tidak selesa dikaitkan dengan pengakuan usahawan, Iqbal Zulkefli yang secara terbuka, tiba-tiba mendedahkan mahu mendekati dirinya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Nurul Ain itu bimbang perkara tersebut boleh mengundang spekulasi liar memandangkan mereka baru menjayakan penggambaran sebuah telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

“Sejujurnya saya tidak ambil pusing kerana menyangka perkara itu usikan nakal saja disebabkan kami berlakon bersama-sama, tetapi apabila cerita serupa ‘dinaikkan’ dalam beberapa portal dan blog, saya kena bersuara.

“ Saya tertanya-tanya motif dia berbuat demikian memandangkan sepanjang empat hari di lokasi penggambaran, komunikasi kami macam biasa, begitu juga dengan pelakon lain termasuk Nami dan Along Cham,” jelas Wafariena.

Baru pulih daripada kecederaan akibat dari insiden di lokasi penggambaran baru-baru ini, Wafariena juga enggan pendekatan Iqbal tersebut  mengaitkan dirinya dengan publisiti murahan atau sengaja mahu menarik perhatian lelaki di tempat kerja.

“Memang tak seronok dengar spekulasi begini sebab saya ke Kelantan untuk cari rezeki dalam keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya selepas insiden kecederaan di sebuah set lain.

“Nanti disangka saya masuk set sebab nak tarik perhatian lelaki atau berpakat menjaja cerita kosong semata-mata mencari publisiti murahan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Semalam Iqbal yang pernah mencetuskan kontroversi cinta dengan usahawan sensadi, Datuk Seri Vida berkongsi gambar dengan aktres berusia 27 tahun itu bersama kapsyen “Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?”

Perkongsiannya terus mengundang reaksi netizen yang meninggalkan komen bahawa mereka sebagai pasangan sepadan.

Bahkan tindakan Iqbal yang menjawab usikan ramai dengan memuat naik hantaran berasingan pula seakan-akan menghangatkan situasi.

Menurut Iqbal, dia tidak sempat bertanyakan pelakon jelita itu sama ada dia sudah berpunya atau tidak, namun mengakui tidak mahu mudah untuk mereka sampai ke tahap bercinta sebaliknya sekadar mahu bersahabat.

Terdahulu, Wafa yang juga bintang 7 Hari Mencintaiku itu memuatnaik video pendek dalam Instagram seperti mengingatkan seseorang supaya jangan mengaitkannya dengan publisiti murahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI