fbpx

Wanita cantik tawar khidmat cuci rumah percuma di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATARIINA memuat naik kandungan di media sosial memaparkan kegiatannya mencuci rumah paling bersepah. - Auri Katariina / SWNS

HELSINKI – Seorang wanita di Finland sangat menggemari kerja-kerja pembersihan sehingga sanggup berhenti kerja hanya untuk membersihkan rumah orang tidak dikenali secara percuma dan membantu mereka yang memerlukan, lapor laman berita Good News Network.

Auri Katariina, 29, bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat pembersihan di Finland semasa musim panas 2021, sebelum memutuskan untuk meneruskan minatnya.

“Impian saya adalah membersihkan rumah secara percuma di seluruh dunia dan membantu orang ramai dengan melakukan perkara yang saya suka.

“Saya sentiasa suka mencuci dan mula memuat naik video di media sosial setelah merakam diri sendiri membersihkan rumah keluarga dan rakan dua tahun lalu.

“Pada satu hari, seorang wanita meminta bantuan kerana dia sangat bergelut dan rumahnya terlalu bersepah. Dia mempunyai tiga anak dan suaminya baru saja meninggal dunia,” kata Katariina.

Wanita itu memberitahu, dia ibarat ‘berada di syurga’ apabila mencuci dan sangat gembira untuk membantu orang ramai.

Katariina yang berasal dari bandar Tampere, pernah melawat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk membantu individu yang terdesak dengan membersihkan rumah mereka.

Dia akan memilih rumah paling kotor dan bersepah milik orang yang paling memerlukan bantuan untuk dibersihkan. 

Katariina akan membersihkan rumah orang yang tidak dikenali untuk tempoh selama dua hari dan memuat naik kandungan memaparkan kerja amalnya di media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI