fbpx

‘Tolong sambung kontrak Elly Mazlein’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telatah spontan Elly Mazlein dan Nabil Ahmad di Gegar Vaganza minggu kelapan yang mencuit hati netizen.

PETALING JAYA – Gaya spontan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein dalam mengendalikan konsert Gegar Vaganza di minggu ke-8 sekali lagi raih pujian netizen.

Selain persembahan oleh peserta itu sendiri, persembahan pembukaan dan telatah lucu oleh gandingan serasi itu sentiasa dinanti oleh penonton setia Gegar Vaganza.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai menzahirkan rasa geli hati dengan celoteh dan telatah Nabil dan juga Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom.

“Suka sangat Kak Lina, beliau ibarat menghiasi setiap malam minggu, Astro tolonglah sambung kontrak Kak Lina sampai bila-bila,” komen seorang netizen.

“Kak Lina dan Haji Nabil tanpa gagal membuat kami sekeluarga gelak sampai tak kering gusi, tolong kekalkan Kak Lina kerana dia adalah aset baru untuk Gegar Vaganza,” komen seorang lagi netizen.

“Kehadiran Elly Mazlein menemani Haji Nabil memang melengkapi antara satu sama lain,” tulis netizen yang lainnya.

Di sisi lainnya, terdapat juga netizen yang menzahirkan rasa sedih kerana Gegar Vaganza ( akan melabuhkan tirainya selang beberapa minggu lagi.

“Sedihnya selepas ini Gegar Vaganza sudah habis, tak dapat nak tengok keletah Pom Pom dengan Nabil, sendu la ahad,” ciap seorang netizen.

Untuk rekod, pentas akhir Gegar Vaganza 9 dijangka akan berlangsung pada 27 November 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI