fbpx

BCL disangka hamil, nama Ariel Noah ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPEKULASI kehamilan BCL dikaitkan dengan Ariel Noah disebabkan hubungan akrab mereka.

NAMA Ariel Noah tiba-tiba panas gara-gara penularan gambar penampakan bahagian perut penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) yang didakwa seperti ‘baby bump’.

Tanpa usul periksa, ramai menuduh BCL hamil sekali gus mengaitkan nama vokalis Noah itu mempunyai kaitan dengan spekulasi kehamilan berkenaan.

Biarpun kedua-duanya semakin rapat selepas kematian suami BCL, Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020, mereka bagaimanapun hanya mengaku rapat sebagai teman karib.

Tetapi rentetan gambar ‘perut buncit’ yang bertebaran, sebilangan netizen menebak ibu anak satu itu akan mengumumkan sesuatu.

Malah ada yang lebih berani apabila meminta orang ramai menunggu beberapa bulan lagi bagi memastikan kesahihan khabar angin tersebut.

Spekulasi netizen semakin mengganas apabila gambar tersebut yang memaparkan BCL mengenakan baju T-shirt putih dipadankan dengan seluar ketat dimuat naik berulang kali dalam laman sosial dengan kapsyen berbaur sindiran.

Lebih selesa berdiam diri, selebriti berusia 39 itu dalam satu hantaran Instagram berkongsi kisah duka dialami penyanyi terkenal antarabangsa, Celina Dion.

Celine kehilangan suaminya, René Angélil buat selama-lamanya pada 14 Januari 2016.

Tulis BCL, penghibur itu hilang separuh jiwa sehingga membuatkan fizikalnya kurus namun keadaan itu berubah selepas rakan seperjuangan, Ryan Reynolds menghubunginya.

Dalam video wawancara, pelantun lagu I Surrender itu mengumumkan tidak mahu berkahwin lagi kerana baginya cinta itu cukup dengan melihat senja atau pelangi yang indah.

“Legenda muzik Celine Dion menangis di atas panggung ketika dia kehilangan suami kerana kanser.

“Hancur dan tiada siapa pun untuk berpaling, tubuh Celine mulai mati,” tulis sebuah akaun yang kemudiannya dimuat naik semula BCL dalam InstaStory.

BCL berkongsi semula hantaran akaun tersebut dengan menambah emoji hati seolah-olah menjawab gosip tersebut kerana belum ada lelaki yang mampu menggantikan Ashraf.

Baginya, Ariel hanya kawan yang hadir memberikannya semangat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI