fbpx

Lelaki jatuh cerun selepas tercampak keluar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki parah selepas tercampak ke dalam cerun apabila kereta dipandunya terbabas merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Bangi Avanue, di sini, pagi tadi.

BANGI- Seorang lelaki parah selepas tercampak ke dalam cerun apabila kereta dipandunya terbabas merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan di Jalan Bangi Avanue, di sini pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan pada pukul 8.52 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 11 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kejadian tersebut mengakibatkan mangsa tercampak keluar dan terjatuh ke dalam cerun.

Katanya, mangsa terjatuh dalam cerun berkenaan yang dianggarkan berkedalaman 10 meter sebelum berjaya dibawa naik oleh anggota bomba terlibat.

“Mangsa mengalami kecederaan parah kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI