fbpx

Warga emas diberkas seludup diesel di Senai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan 13 suspek yang terlibat dalam sindiket penyelewengan diesel subsidi yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Kampung Seelong, Senai semalam.

KULAI – Polis memberkas 13 lelaki termasuk sembilan warga asing selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan diesel subsidi di Kawasan Perindustrian Kampung Seelong, Senai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, operasi berkenaan dijalankan pasukan petugas khas Op Kontraban Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, pada pukul 3.30 petang.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia 24 hingga 69 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada pengurus, penjaga dan pekerja premis berkenaan. Pihak polis turut merampas barang dan peralatan yang digunakan sindiket itu bagi menjalankan jual beli diesel bersubsidi tanpa kebenaran yang sah.

“Anggaran diesel yang dirampas dalam operasi ini adalah RM234,350. Siasatan dibuat mendapati sindiket ini sudah beroperasi sejak kira-kira tiga minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, semua suspek dan barang yang dirampas akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.

“Kesemua suspek juga tidak memiliki rekod lampau berkaitan jenayah atau dadah.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 (KPDNHEP), jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Katanya lagi, Polis Kulai meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku jenayah untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi bilik gerakan IPD Kulai 07-6637222.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI