fbpx

PRU15: BN, PN umum calon malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akan diketahui pada malam ini.

Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak oleh kedua-dua parti itu dari dua lokasi yang berbeza iaitu BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) manakala PN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Orang ramai juga boleh menyaksikan pengumuman tersebut secara langsung menerusi platform Facebook Live parti masing-masing.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, komitmen gabungan itu untuk menampilkan 70 peratus calon muka baharu pada PRU-15.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan ada pemimpin yang dijangka digugurkan, dengan beberapa nama kini hampir pasti tidak akan dinamakan semula untuk bertanding.

Mereka termasuk penyandang Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, penyandang Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kasim serta penyandang Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, PN setakat ini sudah menamakan tiga calonnya yang akan bertanding iaitu Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Radzi Jidin di Parlimen Putrajaya, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun di Parlimen Sepang serta timbalannya Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di Parlimen Masjid Tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI