fbpx

Pengsan ketika dialisis, ibu Abby Abadi meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby memaklumkan, Allahyarham ibunya menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis.

PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon Abby Abadi menghembuskan nafas terakhir selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

Khabar pemergian Allahyarham Hasnah Abu dikongsikan bekas anggota Elite itu menerusi Instagram.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan dia sempat meluangkan masa melayani permintaan ibunya semalam.

Menurutnya, Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis.

“Baru semalam saya mengadap mak, masakkan makanan, belikan buah kegemaran mak, temankan mak makan, solat dan berbual.

“Hari ini mak sudah tiada. Sedekahkan al-Fatihah untuk mak saya dan mohon doa kalian agar mak saya ditempatkan di syurga terbaik di sisi-Nya,” tulis Abby.

Pada hantaran sama, Abby menyatakan jenazah Allahyarham ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat selepas zuhur hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI