fbpx

Piala Malaysia: NSFC langkah kanan tewaskan KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain KDA FC dan NSFC terpaksa bermain dalam keadaan hujan lebat pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - pic ihsan KDA FC

ALOR SETAR – Negeri Sembilan FC (NSFC) membuka tirai Piala Malaysia musim ini dengan langkah kanan apabila menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-1 di Stadium Darul Aman, di sini sebentar tadi.

NSFC terlebih dahulu memulakan asakan dengan mereka memperoleh peluang terbaik seawal minit kedua menerusi kapten, Zaquan Adha Abdul Razak.

Namun, bekas pemain kebangsaaan itu yang pernah beraksi dengan Kedah sebelum ini, gagal memanfaatkan peluang apabila tolakannya berjaya dijangkau Ifwat.

Seakan ‘terkejut’ dengan serangan bertali arus itu, KDA FC kembali mengatur rentak bagi merencana serangan dan hasilnya mereka berjaya membuka jaringan menerusi penyerang lincah, Fayadh Zulkifli pada minit ke-6.

Gol itu terhasil apabila bola yang ditendang pemain NSFC untuk mengeluarkannya dari kawasan bahaya, tiba tepat ke kaki Fayadh untuk dia menyudahkannya dengan rembatan leret, bagi menewaskan penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi di gawang NSFC.

Hanya pada minit ke-41, NSFC berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan mereka, Che Rashid Che Halim menjaringkan gol menerusi rembatan dari dalam kotak penalti tuan rumah.

Pada minit ke-64, kalangan penyokong tuan rumah sekali lagi mengeluh hampa apabila tandukan penyerang utama Sang Kenari, Ronald Ngah Wanja terkena palang walaupun Ahmad Syihan sudah tertewas dan hanya mampu tergamam melihat pergerakan bola menuju ke gawangnya.

Hanya dua minit selepas itu, NSFC pula yang sebaliknya menambah jaringan apabila bola tandukan penyerang dari Brazil, Matheus Alves Leandro meleret ke kanan pintu gol tuan rumah untuk menjadikan kedudukan 2-1 memihak pasukan pelawat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI