fbpx

WhatsApp gagal berfungsi di seluruh dunia sejak pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHATSAPP mengalami gangguan sejak pagi tadi. - AGENSI

PARIS – Aplikasi mesej WhatsApp berdepan gangguan di seluruh dunia hari ini, demikian menurut laporan oleh laman web pemantauan Downdetector dan aduan di media sosial.

Downdetector menyatakan, beribu-ribu pengguna WhatsApp mengadu mengalami masalah sejak pagi tadi.

Di India, perkhidmatan pemesejan itu dilaporkan gagal berfungsi melibatkan ramai pengguna  bermula pagi ini, dengan lebih 11,0000 laporan dibuat kepada syarikat induknya, Meta,

“Kami maklum bahawa sesetengah orang tidak boleh menghantar mesej dan kami bertungkus lumus untuk memulihkan perkhidmatan WhatsApp seberapa segera yang mungkin,” kata seorang jurucakap Meta. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI