fbpx

Ribut petir, hujan lebat dijangka bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di semenanjung negara bermula esok.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ramalan itu dikeluarkan berdasarkan analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Katanya analisis tersebut menunjukkan penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan semenanjung dalam tempoh 21 hingga 23 Oktober 2022 ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh
membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turn aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya di sini tadi.

Sementara itu dalam hantaran berbeza, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melibatkan Timur Laut Condore, Utara Reef North dan Layang-layang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI