fbpx

Saintis AS bangunkan virus ‘super-covid’ yang membunuh 80 peratus tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuan kajian itu didakwa bagi meningkatkan kesediaan kemungkinan pandemik di masa hadapan. - Universiti Boston

WASHINGTON – Sebuah makmal di Amerika Syarikat (AS) dituduh cuba ‘bermain dengan api’ apabila mencipta virus super-covid hibrid yang telah membunuh 80 peratus tikus makmal yang diuji, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sekumpulan saintis dari Universiti Boston menggabungkan varian Omicron dan yang asli dari Wuhan bagi membentuk strain baharu super-covid.

Penyelidikan itu disifatkan sebagai usaha menambah baik keupayaan patogen dalam menyebabkan penyakit bagi memaklumkan kesihatan awam dan usaha bersiap sedia pada masa hadapan.

Namun dalam masa sama, ia juga boleh mendedahkan orang ramai kepada virus berbahaya secara tidak sengaja.

Penyelidikan itu disokong oleh ahli kimia dari Universiti Rutgers, Dr. Richard Ebright yang menganggap ia perlu dibuat bagi meningkatkan kawalan pandemik masa depan masyarakat.

“Penyelidikan seperti ini adalah contoh yang jelas tentang keuntungan penyelidikan pelbagai fungsi.

“Jika kita ingin mengelakkan pandemik yang dijana oleh makmal seterusnya, pengawasan terhadap penyelidikan patogen pandemik berpotensi yang dipertingkatkan diperkukuh,” tegasnya.

Virus menggunakan lonjakan protein untuk melekat dan memasuki sel yang dijangkitinya. Omicron mempunyai berpuluh-puluh jenis mutasi sekali gus  menjadikannya sangat mudah menular.

Apabila sekumpulan tikus terdedah kepada strain Omicron asli, kesemuanya terselamat dan hanya mengalami gejala ringan. 

Walau bagaimanapun, 80 peratus daripada kumpulan haiwan itu yang terdedah kepada strain hibrid super-covid didapati mati. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI