fbpx
GURU pada masa depan perlu mahir mengendalikan pembelajaran hibrid.

Cabaran guru seiring tuntutan semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Konsensus umum mengenai pentingnya kerjaya guru di negara ini tidak pernah berubah, namun pandangan mengenai betapa mudah atau susahnya menjalankan tanggungjawab sebagai guru berbeza dalam kalangan masyarakat.

Ada menganggap kerjaya guru kini begitu terbeban dengan pelbagai jenis tanggungjawab, ada juga mengambil ringan, bersikap sinis dan berpendapat sesiapa sahaja mampu menjadi cikgu.

Ini kerana, menurut mereka, kerja guru hanyalah mengajar di kelas, menyemak kerja rumah diberikan dan menanda kertas peperiksaan murid.

Menurut Pengarah Akademik dan Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr. Ridzwan Che Rus, profesion perguruan di Malaysia sering kali menjadi topik perbincangan awam.

Beliau berkata, ada yang mempersoalkan beban tugas, membangkitkan isu kebajikan dan tidak kurang juga bertanya sama ada kerjaya guru masih mendapat permintaan pada masa hadapan.

“Dalam landskap pendidikan yang berubah pantas akibat pendigitalan, kecerdasan buatan dan perubahan sosial, persoalan ini wajar dijawab secara objektif dan berpandangan jauh.

“Realitinya, permintaan terhadap guru di Malaysia masih kukuh dan strategik. Dengan jumlah sekolah yang besar di seluruh negara serta komitmen kerajaan terhadap akses pendidikan inklusif, keperluan guru bukan sahaja berterusan, malah semakin kompleks,” katanya.

Menurut beliau, Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2030 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) penerusan kepada kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menegaskan keutamaan terhadap kualiti guru sebagai teras transformasi sistem pendidikan.

Tambahan pula katanya, perubahan demografi dan perluasan bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) memperluas spektrum keperluan tenaga pengajar.

“Institusi latihan guru seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti awam termasuk UPSI terus memainkan peranan penting dalam melahirkan guru berkompetensi tinggi.

“Ia khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) , pendidikan khas dan TVET serta pelbagai bidang lain termasuk 13 universiti awam lain.

“Bagaimanapun, masa depan latihan perguruan tidak boleh statik. Model latihan guru tradisional yang terlalu berpusatkan kuliah dan teori perlu diperkasa dengan pendekatan berasaskan pengalaman sebenar, pembelajaran reflektif dan integrasi teknologi,” katanya.

Ridzwan berkata, guru masa depan perlu mahir mengendalikan pembelajaran hibrid, menggunakan data pentaksiran secara analitik dan membimbing murid membina kemahiran berfikir aras tinggi.

Katanya, ia juga harus selari dengan Standard Guru Malaysia 2.0, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan juga kompetensi global ditetapkan badan antarabangsa.

“Selain kompetensi pedagogi, latihan perguruan juga perlu menekankan kecerdasan emosi, kepimpinan bilik darjah dan keselamatan psikologi.

“Cabaran murid hari ini bukan sahaja akademik etapi turut melibatkan isu kesejahteraan mental dan tekanan sosial media,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN