fbpx

Kulit punggung tersiat, pengalaman sebat insafkan Fuad Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUAD RAHMAN

SHAH ALAM – Penyanyi kelahiran Singapura Fuad Rahman mengakui hatinya dijentik rasa keinsafan selepas melalui pengalaman dipenjara dan dikenakan hukuman enam kali sebatan akibat penyalahgunaan dadah.

Terbuka berkongsi memori pahit tersebut, dia yang juga peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) memberitahu kesakitan yang dialami akibat enam sebatan di penjara di Singapura masih kuat dalam ingatannya sehingga hari ini.

“Untuk hukuman penjara kali ketiga, saya dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali pada bahagian punggung. Sakit dan peritnya memang tak tergambar.

“Kulit pada bahagian disebat itu tersiat dan luka. Hampir seminggu juga luka tersebut untuk sembuh, kawan-kawan dalam penjara membantu merawat kesan luka itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ceritanya lagi, pergerakannnya juga agak terbatas selepas melalui hukuman tersebut sehingga memaksanya tidur dalam keadaan meniarap.

“Meskipun ada bahagian badan yang luka, saya tetap menunaikan solat seperti biasa. Cuma bahagian belakang sahaja cedera, kaki masih okey.

“Apabila diingat semula kesakitan dan keperitan hukuman tersebut, rasa insaf memang tak pernah hilang daripada jiwa. Tak akan sesekali saya ulang kesilapan lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Fuad Abd Rahman itu juga bersyukur kerana ramai memberinya sokongan motivasi dan semangat dalam meneruskan hidup.

“Saya tak pernah malu mengaku bahawa diri ini bekas banduan sebab diri sendiri yang melakukan kesalahan satu ketika dulu.

“Namun, syukur keluarga dan rakan-rakan masih setia di sisi serta tidak berhenti memberi semangat. Komen negatif pun semakin hari semakin kurang saya terima,” katanya lagi.

Sebelum ini, Fuad pernah berkongsi dia nekad untuk berubah timbul selepas melihat ibu yang berusia 81 tahun datang bertongkat semata-mata untuk menziarahinya di penjara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI