fbpx

‘Skin bleaching’ risiko kanser kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penerangan Dr. Muhamad Hazwan tentang 'skin bleaching' yang boleh mengundang risiko kanser kulit.

PETALING JAYA – Tonyoh-tonyoh krim pada kulit dan selepas dicuci, terus berubah menjadi putih.

Itu produk pemutihan kulit atau ‘skin bleaching’ dijual di pasaran serta diiklankan menerusi media sosial memperlihatkan cara penggunaannya dengan menonyoh krim pada kulit sekali gus menghasilkan keputusan memuaskan.

Bagaimanapun, menerusi penerangan pengamal perubatan, Dr. Muhamad Hazwan Nazri berkata, penggunaan produk ‘skin bleaching’ boleh mengundang risiko kanser kulit kepada pengguna.

Berdasarkan video dimuat naik pada TikTok, beliau berkata, terdapat tiga lapisan pada kulit manusia iaitu epidermis, dermis dan hypodermis yang mana lapisan paling atas adalah sel melanocyte.

“Semua manusia ada sel melanocyte ini dan perbezaannya sama ada ia aktif hasilkan pigmen kulit atau tidak. Kenapa kulit wanita ini gelap? (sambil menunjukkan gambar wanita berkulit gelap).

“Ini kerana sel itu aktif menghasilkan pigmen kulit, tapi dia gelap pun cantik. Itulah definisi kecantikan, bukan berdasarkan warna kulit. Kenapa kulit saya cerah? Sebab sel melanocyte tidak aktif menghasilkan pigmen,” ujarnya.

Dr. Muhamad Hazwan berkata, fungsi sel melanocyte itu melindungi kulit daripada kanser kulit dan ia menghasilkan melanin melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan genetik sel kulit.

“Sehubungan itu, ‘bleaching’ ini merosakkan melanocyte kerana ia mengandungi hydrogen peroxide, hydroquinone dan mercury yang mana dapat mematikan sel melanocyte dan meninggalkan risiko kanser kulit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI