fbpx

El Clasico: Barca yakin gembirakan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI pastinya tidak akan memberi laluan mudah buat Real dalam usaha meraih keputusan positif pada aksi El Clasico malam ini. - AFP

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta menyeru penyokong agar teguh menjadi tulang belakang pasukan menjelang aksi penting El Clasico bertemu musuh tradisi, Real Madrid di Santiago Bernabeu pada saingan La Liga malam ini.

Menurutnya, tiada keraguan buat pasukan kendalian Xavi Hernandez itu untuk tampil cemerlang ketika bertemu Real meskipun dikritik hebat susulan prestasi hambar pada Liga Juara-Juara musim ini.

“Saya mahu penyokong terus yakin dengan projek kami kerana pasukan ini memiliki ramai pemain berkualiti yang boleh mengubah nasib pada bila-bila masa. Pihak pengurusan juga sandarkan keyakinan penuh kepada Xavi untuk memimpin pasukan ini.

“Semua orang tahu El Clasico adalah perlawanan pen­ting dan hanya keputusan positif yang boleh memberikan kegembiraan buat penyokong kami.

“Buat masa ini, tiada masa untuk tekan butang panik kera­na saya percaya pemain akan beraksi sepenuh hati dalam usa­ha mempertahankan kedudukan selaku pendahulu La Liga musim ini,” kata Laporta.

Sementara itu, Xavi mahu anak-anak buahnya melupakan segera keputusan seri 3-3 ketika bertemu Inter Milan pada saingan Liga Juara-Juara Eropah awal minggu ini dengan buktikan keupayaan sebenar sewaktu menentang The Galacticos nanti.

“Saya percaya pemain sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk mengharungi aksi bertemu Real dan psikologi pasukan juga berada pada tahap yang baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI