fbpx

PM sokong pembinaan panel solar terapung di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menandatangani plak perasmian Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 Jasin. Gambar RASUL AZLI SAMAD

JASIN – Kerajaan menyokong usaha Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk meneruskan pelaksanaan panel solar terapung di Loji Rawatan Air Jus Fasa 2 di Empangan Jus di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek penggunaan tenaga solar juga selari dengan hala tuju kerajaan ke arah mencapai Negara Sifar Karbon (Nett Zero Carbon) menjelang tahun 2050.

“Saya difahamkan kerajaan negeri melalui SAMB telah meluluskan satu kajian berkaitan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy).

“Ia akan mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan panel solar terapung atas permukaan air dengan kapasiti 150 megawatt di Empangan Durian Tunggal bagi menjana bekalan elektrik kepada operasi SAMB.

“Saya sokong usaha SAMB untuk meneruskan pelaksanaan panel solar terapung ini jika usaha di Empangan Durian Tunggal tersebut berjaya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif itu juga dilihat dapat memacu perkembangan teknologi yang baik di Melaka.

“Selain memastikan kecukupan bekalan air terawat untuk Keluarga Malaysia Melaka, projek ini mampu meningkatkan nama Melaka sebagai negeri yang maju selain mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kerajaan Pusat sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri menjalankan projek dan kajian bagi meningkatkan sumber air mentah negeri termasuklah kebolehlaksanaan projek Penyaluran Air Sungai Muar Fasa 3,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI