fbpx

Zarina Zainuddin kesal anak dilabel orang gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar laman Wikipedia memaparkan maklumat tentang anak Zarina Zainuddin, Azal yang digelar sebagai orang gila.

PETALING JAYA – Terkedu! Demikian reaksi pelakon Zarina Zainuddin, 51, apabila ada pihak yang sanggup meletakkan maklumat diri anaknya sebagai orang gila dalam Wikipedia.

Perkara tersebut didedahkan Zarina dalam Instagram apabila anaknya, Azal Azrai mengirimkan tangkap layar paparan laman Wikipedia yang menerangkan informasi berbaur penghinaan terhadapnya.

“Ibu ada orang tulis dalam wikipedia kata Azal gila,” ujar Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan.

Sebagai seorang ibu, Zarina sangat kecewa dengan kenyataan tersebut dan sedaya upaya untuk menerangkan perkara sebenar buat anaknya yang berusia 26 tahun itu.

“Azal tidak gila. Azal dan abang Azil ialah anak istimewa ibu.

“Biar orang kata apa janji Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” jelas Zarina.

Lebih teruk, pihak tidak bertanggungwab terbabit sanggup melabel Azal dan abangnya sebagai psiko yang tidak pernah bersekolah.

Zarina menerusi sebuah video turut memaparkan Azal menyatakan bahawa dia tidak gila dan sebaik-baiknya cuba menjaga keluarganya.

Luahan kekesalan Zarina meraih perhatian beberapa rakan artis dan masing-masing meninggalkan kata-kata sokongan agar wanita itu lebih kuat menghadapi dugaan.

“Segala info Wikipedia atau Google kebanyakannya salah. Tidak sangka ini yang paling jahat. Semoga Kak Ina dan Azal bersabar,” tulis pelakon Ozlynn Wati.

“Entri macam ini dalam Wikipedia boleh dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Teringin nak tengok manusia busuk hati macam ini dihukum di dunia dan akhirat,” ucap Sharnaaz Ahmad. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI