fbpx

Saya tak pandai, tapi anak raih 6A SPM – Zarina Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak bongsu Zarina iaitu Muhammad Adam Azrai berjaya meraih keputusan cemerlang SPM (6A).

PETALING JAYA – “Alhamdulillah Adam sudah dapat keputusan SPM 6A 2B+.”

Demikian perkongsian berita gembira pelakon Zarina Zainuddin yang memaklumkan anaknya iaitu Muhammad Adam Azrai berjaya memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pagi tadi.

Zarina atau Nur Zarina Mohd. Zainuddin, 54, meluahkan kesyukuran syukur apabila anak bongsunya meraih keputusan cemerlang yang membanggakannya.

“Syukur sebagai seorang ibu itu pun saya sudah bersyukur. Ibu tidak pandai biarlah anak pandai.

“Semua ibu bapa pun mengharapkan anak berjaya. Saya doakan anak-anak kita semua berjaya,” ujarnya menerusi perkongsian Instagram.

Berdasarkan keputusan tersebut anaknya, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama mengambil lapan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

Dalam hantaran sama, Adam dilihat mendapat gred A dalam subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Sukan.

Manakala subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakaunan pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI