fbpx

Sabronzo kena lagi, terlepas pandang ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video Sabronzo hangat diperdebatkan netizen dalam TikTok.

SEPERTI kalis kecaman. Seorang anggota kumpulan Dolla, Sabronzo sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan penampilan yang agak seksi menerusi sebuah video TikTok.

Tidak sahaja mengundang kata-kata tidak manis, netizen juga melontarkan ayat-ayat memerlinya dengan mengatakan mungkin penampilan tersebut bukan ketika dia sedang bekerja bersama Dolla.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, Sabronzo memakai skirt pendek paras pangkal paha dan baju yang mendedahkan bahagian perut.

Malah, rata-rata pengguna TikTok yang meninggalkan komen terhadap video tersebut menulis ‘terlepas pandang’ yang merupakan jawapan Dolla selepas memohon maaf isu seksi baru-baru ini.

“Ini ‘terlepas pandang’ ke?” selar seorang netizen.

“Mungkin ketika ini dia sedang bekerja, bersangka baik saja,” komen seorang lagi netizen.

Bak kata rakan seindustri Mizz Lahar, jika sesuatu perkara sudah sebati, memang sukar hendak dibuang dari kehidupan harian.

Tak mengapalah, mungkin juga mereka selesa dengan penampilan sebegitu. Doakan yang baik-baik.

MIZZ LAHAR: Aman Ra dah kahwin, namun adakah wanita terbabit yang diperkatakan sebelum ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI