fbpx

Budak 4 tahun terperangkap dalam mesin basuh semasa main sorok-sorok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Bomba Kota Padang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam mesin basuh. – Balai Bomba Padang

JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia terperangkap di dalam sebuah mesin basuh di rumahnya ketika bermain bersama adik-beradik lain, lapor laman berita Suara.com.

Nafisa Fazila tersangkut ketika bermain sorok-sorok di rumah mereka yang terletak di Kampung Anduring, Sumatera Barat.

Kejadian itu menyebabkan anggota bomba Kota Padang dipanggil ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Padang, Sutan Hendra berkata, pihaknya berusaha selama 30 minit untuk mengeluarkan Nafisa yang tersekat di dalam bahagian pengering pakaian.

“Budak ini bersembunyi di dalam mesin basuh. Dia masuk ke dalam mesin pengering. Proses mengeluarkannya memakan masa selama 30 minit,” kata Sutan.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku semalam ketika kanak-kanak itu terlepas daripada pengawasan ibu bapanya sehingga tidak dapat keluar dari mesin basuh.

“Budak kecil itu sukar keluar sendiri, ibu bapanya panik. Jadi mereka segera menghubungi kami,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI