fbpx

PRU-15: Wanita BN selesai pilih calon sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Ahmad.

PETALING JAYA – Wanita Barisan Nasional (BN) telah mengenalpasti calon-calon wanita yang berkebolehan dan berpotensi untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, senarai nama tersebut juga telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dipertimbangkan.

“Wanita BN mengalu-alukan keputusan Majlis Tertinggi yang telah menyatakan komitmen untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan calon wanita dalam PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Terima kasih di atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada Wanita BN untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam menerajui kepimpinan politik negara,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Jelas penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong itu lagi, Wanita BN yakin mampu memberikan sumbangan kepada parti dan meletakkan iltizam yang tinggi untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara.

“Menjadi harapan saya selaku Pengerusi Wanita BN untuk melihat calon-calon yang dikemukakan ini diterima baik oleh kepimpinan
parti sekaligus memenangi pilihan raya bagi mewakili golongan wanita dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI