fbpx

Lelaki terlupa sumbat cawan besi dalam punggung semasa mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imbasan yang memaparkan cawan besi yang tersekat dalam perut pesakit di India. - SWNS

NEW DELHI – Sekumpulan pakar perubatan terdiri daripada 11 doktor di India mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan sebiji cawan besi dari dalam perut seorang  pesakit, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki dikenali sebagai Ritesh Kumar itu dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Patna selepas mengadu sakit perut serius dan dubur berdarah pada 4 Oktober lalu.

Imbasan X-ray mendapati cawan sepanjang 14 sentimeter itu berada di dalam badannya selepas menyumbat objek itu semasa mabuk.

Ritesh mengaku bahawa dia  tidak mengingati apa yang berlaku ketika itu.

Ketua pembedahan, Dr. Indra Shekhar Kumar berkata,  prosedur itu berisiko tetapi mereka berjaya mengeluarkan cawan itu dengan selamat.

Pesakit menjalani pembedahan kolostomi yang menyaksikan sebahagian daripada usus dipotong dan beg stoma dipasang bagi membolehkan lukanya sembuh.

Doktor bercadang untuk membenarkan Ritesh keluar hospital pada minggu hadapan dan akan membalikkan kolostominya pada Januari 2023. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI