fbpx

Trafik sesak 13km di Karak menuju ke ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak sejauh 13.5 kilometer (km) di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dari Genting Sepah menuju ke Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan sejak pukul 3 petang tadi.

Situasi tersebut berikutan orang ramai mula kembali ke ibu negara selepas tamat cuti umum sempena Maulidur Rasul.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook rasminya melaporkan, selain di laluan tersebut, aliran trafik juga sesak sejauh 15 km dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi ketika ini.

Sementara itu, di Lebuh Raya Utara – Selatan, arah selatan, tafik perlahan melibatkan kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak ke Ipoh (U); Gopeng ke R&R Tapah; Bidor ke Sungkai terus ke Slim River dan Bukit Beruntung ke Rawang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI