fbpx

Tabika Kemas Lorong Masjid juara Pintar Botani peringkat kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan guru dan murid-murid Tabika Kemas Lorong Masjid, Kampung Bahagia bergambar di hadapan tabika tersebut baru-baru ini.

TELUK INTAN – Tabika Kemas Lorong Masjid, Kampung Bahagia di sini dinobatkan sebagai juara Pintar Botani Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim baru-baru ini.

Menurut guru tabika tersebut, Salmiah Sabeerin, antara yang menyumbang kepada kemenangan mereka adalah petak sawah di pekarangan pusat pendidikan kanak-kanak tersebut.

“Apa yang istemewa di Tabika Kemas ini ialah kami ada ruang petak sawah padi, jadi murid-murid tidak perlu pergi ke Sungai Manik untuk melihatnya (sawah padi).

“Selain itu, kami juga mempunyai zoo mini yang menempatkan haiwan seperti burung puyuh, arnab dan rumah kelulut iaitu tempat menyimpan madu lebah,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Pada masa sama, Salmiah berkata, Tabika Kemas itu juga menyediakan menu makanan yang sihat bagi para pelajarnya kerana mereka percaya ia penting bagi kesihatan fizikal serta mental murid-murid sepanjang berada di sana.

Menurutnya, program Pintar Botani itu secara tidak langsung mengindahkan persekitaran kawasan Tabika Kemas tersebut selain mendidik murid-murid bercucuk tanam sayur-sayuran seperti kobis, sawi, bayam dan kangkung.

“Program Pintar Botani ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan tanah dan menceriakan kawasan tabika, malah menjadikan persekitarannya lebih menarik dengan penyediaan landskap tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti limau dan anggur,” katanya.

Menerusi kerajaan tersebut, tabika berkenaan dianugerahkan piala dan barangan elektrik yang dianugerahkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas merasmikan Program Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2022 Edisi ke-17 di UPSI baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI