fbpx

‘Pukul 3 petang saya umum’- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan akan memberitahu sesuatu pada pukul 3 petang nanti ketika sesi perutusan khas yang akan dilaksanakan kira-kira sejam sahaja lagi.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini sejurus tiba di Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri berkata, semuanya akan dijelaskan pada pukul 3 petang nanti semasa sesi perutusan khas itu.

“Pukul 3 petang saya umum,” katanya ringkas di sini tadi.

Terdahulu, Ismail Sabri dilaporkan tiba di Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 1.30 tengah hari bagi menghadiri sesi perutusan khas pada pukul 3 petang nanti.

Ismail Sabri dijangka membuat perutusan khas itu yang disiarkan secara langsung di sini menerusi beberapa stesen televisyen dan platform sosial media.

Perutusan khas itu sekali gus memberi bayangan bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan sesuatu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen seperti yang dijangkakan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI