fbpx

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prestipino didakwa menyuntik Gonzalez menggunakan asid muriatik sebelum mayat mangsa disimen di dalam bancuhan konkrit. – LVMPD/Facebook

LAS VEGAS, NEVADA – Seorang model popular di  negeri Nevada, Amerika Syarikat mati selepas disuntik  asid muriatik sebelum mayatnya disimen di dalam bancuhan konkrit serta dibuang di sebuah kawasan gurun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Esmeralda Gonzalez, 24, dilaporkan diikat pada tiang katil sebelum disuntik dengan bahan pencuci kolam renang oleh suspek, Christopher Prestipino dan teman sebiliknya, Casanra Garrett, demikian menurut kertas pertuduhan mahkamah.

Pembunuhan itu dilaporkan berlaku pada Mei 2019 meskipun mayat mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

Gadis itu dilaporkan hilang oleh saudara lelaki mangsa yang pergi ke rumahnya di Las Vegas. Dia  mendapati kediaman Esmeralda dalam keadaan seperti telah digeledah.

Orang ramai turut dilaporkan melihat model dengan lebih 300,000 pengikut di laman Instagram itu bersiar-siar di sekitar sebuah kawasan kejiranan sehari sebelum kematiannya sambil memakai kasut tumit tinggi dan pakaian dalam.

Pada awal  31 Mei 2019, Gonzales menerusi sistem televisyen tertutup (CCTV),  dirakam cuba membuka pintu sebuah rumah, tidak jauh dari kediaman suspek sebelum dia dipercayai pergi ke rumah suspek.

Menurut Timbalan Ketua Pendakwa Raya Daerah,  Pamela Weckerly, seorang saksi memberitahu bahawa Gonzalez berada di rumah Prestipino dan dia diberikan dadah jenis metamfetamin.

“Suspek tidak mengetahui bahawa mangsa mempunyai masalah mental dan gadis itu mula berkelakuan aneh serta meracau,” kata Weckerly.

Ketika ikatan Gonzalez dilepaskan, dia dilaporkan menumbuk muka Prestipino dan mengancam untuk menelefon polis.

Suspek kemudian mencekik wanita itu dan menyuntiknya dengan racun sebelum menyewa sebuah trak untuk membawa mayat Gonzalez yang disimen dalam konkrit sebelum dibuang di sebuah kawasan gurun.

Suspek kemudian dirujuk ke sebuah hospital psikiatri dan perbicaraan kes pembunuhan itu ditangguhkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI