fbpx

DUN Kelantan tidak akan dibubarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu Kelantan.

KOTA BHARU – Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri Kelantan mengambil langkah itu selepas berpegang teguh dengan keputusan yang diputuskan oleh Pas sebelum ini.

Menurutnya, ketetapan itu selari dengan keputusan asal yang diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi untuk tidak membubarkan DUN di bawah pemerintahan parti berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga tamat penggal tahun depan.

“Pas setakat ini masih kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN kecuali ada perubahan pada masa akan datang.

“DUN di Kelantan paling cepat akan dibubarkan pada Mac tahun hadapan. Meskipun Parlimen di bubarkan, namun gerak kerja kempen tetapi dilakukan di kawasan DUN,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Amar yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, Pas menghormati keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen.

Katanya, parti itu secara dasarnya berpandangan PRU-15 tidak patut dilaksanakan apabila ekonomi negara belum pulih dan bakal berdepan banjir tidak lama lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ismail Sabri menerusi satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen dan semua platform media sosial.

Ismail Sabri berkata, pembubaran tersebut adalah susulan daripada sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI