fbpx

Bajet 2023: Tengku Zafrul menuju Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul memegang beg tenunan perak berisi Bajet 2023 sebelum bergerak ke Parlimen.

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan pukul 2.30 petang tadi untuk menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023.

Ia sekali gus menjelaskan bahawa pembentangan Bajet 2023 tetap diteruskan seperti dijadualkan biarpun ada ura-ura mengaitkan ia tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.

Tengku Zafrul yang segak dengan baju Melayu warna biru turquoise dan bersamping terlebih dahulu mengaminkan doa yang dibaca Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi kementerian.

Beliau turut dilihat memegang beg sampul hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2022.

Turut sama mengiringi beliau termasuk kedua-dua timbalannya, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa yang juga berbaju Melayu.

Sebelum ini, Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 akan berfokus kepada Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan, Kemakmuran Ekonomi dan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Terdahulu, Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu sama ada Parlimen ke-14 akan dibubarkan atau sebaliknya.

Ini susulan Perdana Menteri, telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam yang dikaitkan dengan kemungkinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan turut mencadangkan pembubaran Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI