fbpx

Radzi antara menteri utus surat kepada Agong tangguh PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Dekat Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan beliau merupakan antara 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak diadakan pada tahun ini.

Radzi yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, surat berkenaan diutuskan semalam yang antara lain menyatakan persetujuan supaya pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat.

“Saya boleh sahkan memang kami menteri daripada PN termasuk dalam kalangan Bersatu dan Pas mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang paling penting adalah kita dalam PN ingin menumpukan kepada perkara-perkara berkaitan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

“Kalau UMNO ada pendirian untuk melaksanakan pilihan raya secepat mungkin maka, pendirian kita jelas bahawa rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan 2022, di sini, hari ini.

Katanya, ketika ini rakyat berada dalam tempoh sukar dan beliau sendiri dalam Kementerian Pendidikan (KPM) juga masih banyak yang perlu diadakan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI