fbpx

PAC bimbang hutang negara RM979 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hutang negara kini mencecah RM979.814 bilion atau 63.4 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, ia merupakan peningkatan RM100 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Menurut beliau, jumlah hutang itu bermakna setiap 16 sen daripada RM1 hasil kerajaan terpaksa digunakan hanya untuk membayar faedah hutang.

“PAC bimbang dengan trend peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan yang terus meningkat. Hutang kerajaan pada 2021 berjumlah RM979.814 bilion iaitu 63.4 peratus dari KDNK meningkat RM100 bilion berbanding 2020.

“Peningkatan ini juga menyebabkan liabiliti keseluruhan Kerajaan Persekutuan pada 2021 berjumlah RM1.298 trillion atau 84 peratus dari KDNK,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Kah Woh berkata, kadar itu merupakan yang terkini berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI