fbpx

Kelab penyokong Arema FC tuntut permohonan maaf terbuka daripada pemerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Aremania bandar Jember mengenang mangsa korban dalam insiden rempuhan Stadium Kanjuruhan, Malang. - Portal Jember

JAKARTA – Kelab penyokong pasukan bola sepak Arema FC, Aremania menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) atas tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan hujung minggu lalu, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Selain Jokowi, Aremania turut menuntut perkara sama daripada Menteri Belia dan Sukan, Zainudin Amali, Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Mochamad Irawan dan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Andika Perkasa.

Tuntutan mahkamah itu difailkan susulan tragedi di Stadium Kanjuruhan, bandar Malang, wilayah Jawa Timur yang mengorbankan nyawa 131 orang.

Terdapat sembilan tuntutan yang difailkan oleh kelab tersebut.

“Kami mendesak individu yang telah disebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi saluran media nasional dalam tempoh selewat-lewatnya tiga hari atau 72 jam selepas sepina terbuka ini diserahkan,” demikian menurut kenyataan dokumen.

Dalam perkara kedua, terdapat tuntutan supaya ada permohonan maaf secara terbuka daripada pihak keselamatan dan penganjur yang mengakui punca utama rusuhan adalah disebabkan kelemahan pihak mereka sahaja serta tidak berkaitan dengan mana-mana penyokong Aremania.

“Kami juga menuntut kenyataan terbuka daripada pihak keselamatan dan penganjur menerusi media bahawa punca berlakunya insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan adalah disebabkan kesilapan penganjur atau unit keselamatan. Ia perlu dibuat dalam tempoh selewat-lewatnya tiga hari selepas sepina telah diserahkan,” tulis tuntutan tersebut.

Pada akhir tuntutan mahkamah, Aremania menggesa niat baik di pihak defendan untuk memenuhi sembilan perkara tuntutan yang telah difailkan dan sekiranya ia tidak dipenuhi dalam tempoh tiga hari, kelab tersebut akan mengambil tindakan undang-undang. 

Tragedi di Stadium Kanjuran telah meragut 131 nyawa dan menjadi kemalangan di stadium bola sepak dengan mangsa terkorban kedua terbanyak di dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI