fbpx

Keterangan kes tular rebut anak selesai diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang kanak-kanak perempuan cuba dibawa menaiki kereta di hadapan SK Kepala Batas, di sini baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Polis selesai merakamkan keterangan keluarga kedua-dua belah pihak berhubung kes perebutan hak penjagaan anak yang tular di media sosial Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan ke atas tujuh individu bagi membantu siasatan.

“Lima individu yang diambil keterangan membabitkan seorang kanak-kanak yang juga mangsa perebutan, ibunya, adik lelaki (pakcik mangsa), nenek (sebelah ibu) dan pemandu mereka.

“Dua lagi individu yang turut dirakamkan keterangan ialah datuk dan nenek mangsa (sebelah bapa).

“Sehingga kini, mangsa masih berada di bawah penjagaan ibunya di Selangor manakala proses tuntutan hak penjagaan masih dalam perbicaraan,” katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI