fbpx

Ibu tinggal anak di rumah pengasuh sejak Disember 2020 dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Affan.

TAPAH – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tujuh bulan yang ditinggalkan di rumah pengasuh pada Disember 2020.

Pelindung Kanak-Kanak Daerah Batang Padang, Azmila Alis@Alias berkata, Muhammad Affan Ammar ditinggalkan ibu kandungnya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.

Katanya, kanak-kanak yang lahir pada 2 Mac 2020 kini berada di bawah jagaan keluarga pengasuhnya yang tinggal di daerah ini.

“Sehingga kini tiada individu atau waris tampil menuntut kanak-kanak tersebut.

“Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Tapah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Subseksyen 19(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Azmila di talian 05-4011069. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI