fbpx

RichWorks teraju Pesona Leadership bersama Pak Nil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan (kiri) dan Pak Nil ketika sidang akhbar Pesona Leadership semalam.

SHAH ALAM – Buat julung kalinya, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bekerjasama dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil dalam program Pesona Leadership di Shah Alam Convention Centre (SACC) yang berlangsung pada 1 Oktober hingga semalam.

Mentor usahawan merangkap Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program tersebut diadakan bagi membentuk asas kepimpinan kuat melalui komunikasi yang berkesan dalam jati diri seorang usahawan.

Katanya, RichWorks melihat sesetengah usahawan terutama dalam soal kepimpinan agak gagal berkomunikasi dengan baik dari peringkat atas hingga ke bawah yang sebenarnya boleh membuatkan bisnes tersekat dan sukar berkembang.

“Ada tiga tunjang utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemimpin (usahawan) iaitu kejelasan, komunikasi dan keyakinan.

“Jika gagal menguasai semua ini, bagaimana hendak menghadapi cabaran semasa malah 2023 nanti? Kami mahu bawa bisnes usahawan ini ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika sidang akhbar Pesona Leadership yang melabuh tirai semalam.

RichWorks yang diasaskan Azizan sejak 15 tahun yang lalu telah melatih dan membimbing lebih 1.5 juta peserta khususnya usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri di negara ini termasuk negara jiran.

Menerusi Pesona Leadership, Pak Nil berkongsikan ilmu dan pengalaman lebih 30 tahun dalam komunikasi khusus bagi usahawan yang mana hampir 1,000 peserta untuk membina ‘Leaders’ merangkumi beberapa aspek penting iaitu isi kandungan, ekspresi wajah, penceritaan, nada suara dan lain-lain.

Tambah Azizan, banyak di kalangan usahawan sebenarnya boleh berjaya dan dalam fasa memerlukan pasukan yang bagus namun ‘salah faham’ dengan apa sebenarnya dimahukan membuatkan hala tuju tersasar.

“Saya nampak Pak Nil merupakan satu aset besar yang boleh bantu tranformasi usahawan-usahawan di bawah bimbingan kami.

“Ramai pengasas dan usahawan jutawan di bawah RichWorks hadir bukan seorang malah bersama pemimpin dalam pasukan masing-masing untuk tambah baik lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Pak Nil memberitahu, perkongsian beliau itu diharap dapat memberikan usahawan keyakinan dan kejelasan untuk bersuara dan menyampaikan mesej yang jelas kepada pasukan mereka dan orang di luar sana.

“Penyampaian saya berikan secara kasual tapi sangat informatif untuk usahawan boleh terus praktis dan guna pakai, insyaAllah.

“Cabaran sekarang pula, bagaimana mereka nak gunakan di luar dengan ilmu dan panduan ini yang mana saya minta usahawan gunakan dalam percakapan seharian,” jelasnya lagi.

Pak Nil memberitahu, beliau juga berharap suatu masa nanti ‘modul’ atau panduan berdasarkan ilmu dan pengalaman berkomunikasi dimilikinya mendapat pengiktirafan.

“Mungkin suatu ketika nanti, ada seorang yang sangat bijak di pentas antarabangsa bila ditanya mengapa sangat pandai berkomunikasi dan ia dijawab ‘guru saya adalah Aznil Nawawi’,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI